Monday 9 April 2012

"Maksud Gurindam Jiwa"

Assalamualaikum, apa khabar semua?..Sudah lama saya tidak aktif dalam penulisan blog saya...Dan hari ini saya ingin tunaikan janji saya sebelum ini untuk Maksud lagu Gurindam Jiwa =)...

Rangkap Ke-2 :

Anak Cina Pasang Lukah,
Lukah Dipasang Ditanjung Jati,
Didalam Hati Tidak Kulupa,
Sebagai Rambut Tersimpul Mati,

Maksudnya :

Kaum Cina Yang Kebiasaannya Berniaga
Di Tanah Melayu
Sentiasa Ingat Allah Dalam Hati (Sir)
Tidak Akan Hilang

Wallahu'alam...


Maksud bait ini saya dapati melalui bahan rujukan saya...

Thursday 12 May 2011

"Siapa Umat Akhir Zaman?"...

CUBA KALIAN..

LIHAT! RENUNG! DAN FIKIR!

VIDEO (1)

VIDEO (2)

:

:

:

DAH...
LIHAT! RENUNG! DAN FIKIR?

MAKA..
FIKIRLAH LAGI DAN LAGI DAN LAGI.......


"ANDAI  KITA NAK PADA ALLAH, MUSTAHIL ALLAH AKAN SESATKAN"



WALLAHU'ALAM





Wednesday 4 May 2011

"Maksud Wanita & Lelaki Tak Faham =D"

" Maksud Wanita & Lelaki Tak Faham "



"Lelaki selalu tak faham pada wanita...Nak tau ape? Ok...
"Meh saya citer"
('_*)

:

:


:

PERTAMA:

"ABANG, HARI NI AYANG NAK KELUAR PERGI BELI BARANG BOLEH TAK SAYANG? ADA BARANG YANG NAK DIBELI LAH" =( ... (Buat muka manje)

Maksudnya: Nak ajak si suami gi shopping. Sekurang-kurangnya, kalau si suami jawab "OK"(Jawapan kalau si suami suruh si isteri pergi beli sendiri), tak adelah terasa hati sangat kan. Ini hanya sekadar soalan testing wanita. Tapi, lelaki selalu tak faham =(.


KEDUA:

"DAH LEWATLAH BANG, KESIAN KAT ABANG, TAK PE, NANTI AYANG BALIK SENDIRI NAIK TEKSI K" =)..(Nada gembira)

Maksudnya: Nak suruh datang ambik. Ayat tak nak nampak macam menyusahkan =D.


KETIGA:

"ABANG, ABANG HANTAR AYANG DEKAT PONDOK PAK GUARD AJE LAH YE"..=)..(Sambil senyum)

Maksudnya: Tolonglah hantar saya dekat depan pintu rumah. Kalau boleh, nak suruh tolong iring sekali sampai kat depan pintu rumah...=(


KEEMPAT:

"AWAK, AWAK TAHU TAK YANG SAYA NI TENGAH MARAH DEKAT AWAK SANGAT-SANGAT".."BOLEH TAK JANGAN CALL ATAU SMS SAYA LAGI"...='( ...(Nada marah, sambil nangis2)

Maksudnya: Tolonglah pujuk, padahal waktu ni, si isteri selalu aje check phone. Confirm!..


KELIMA:

"SAYA BENCI DEKAT AWAK".... "AWAKLAH ORANG YANG PALING SAYA BENCI SEKALI, DAN SAYA TAK PERNAH BENCI DEKAT ORANG, MACAMANA SAYA BENCI DEKAT AWAK SEKARANG NI"..='(..(Nada marah yang teramat, sambil baling2 bantal kat dinding)

Maksudnya: Sayang sangat-sangat-sangat +++. Sebab, kalau hati kita ni dah dekat orang tue aje, mestilah marah teruk2 pun dekat orang tue aje kan, emosi pun mestilah kat orang tue ajelah kan..Betul tak? (Tertakluk pada jawapan sendiri) =D..


KEENAM:

Situasi : Si Isteri diam tak tanya khabar, tak sms atau tak call si suami.

Maksudnya: Nak test aje tue. Kalau si suami sms atau call, bermaksud 'Dia sayang' kat kita =D. Tapi kalau tak  sms atau call, bermaksud, dalam sehari tue, dia tak ingat dekat kita lah kot kan =(...Mungkin juga dia BZ kot..(Kena sangka baik ye)..


KETUJUH:


"SUSAH-SUSAH SANGAT, HANTAR AJE SAYA BALIK KAMPUNG" =(.."SAYA NAK BALIK KAMPUNG JUGAK-JUGAK HARI NI"...(Nada nangis-nangis sambil packing baju masuk dalam beg)


Maksudnya: Nak suruh pujuk. Bawak gi keluar makan ke, offer beli perabut baru ke, atau lain-lain yang berkaitan dengan beli barang baru. =D..Confirm!


KELAPAN:


Situasi : Si isteri call dan sms setiap 2 saat dalam sehari.

Maksudnya: Tanda-tanda, dia rindu..Risau suaminya ke SPA..hehe =D..


KESEMBILAN:


"ABANG SAYANG AYANG TAK"..=D..
(Sambil senyum-senyum malu, sambil pintal-pintal rambut)


Maksud: Nak suruh puji =D...Nak test, ada orang lain tak yang boleh lawan kecantikan kita..hehe


KESEPULUH:


Situasi: Bila kena marah, dia diam. 24 jam dalam sehari tue, asyik senyum aje. Dah tak selalu main hati dah, kalau ada pun, simpan aje kat dalam almari. Tak kisah langsung suami sibuk buat kerja, tapi risau sangat kalau suami tak terurus (Contoh: tak jaga makan, tak tidur, tak gosok gigi).

Maksudnya: Si isteri dah redha dengan si suami...=D



"RINGKASAN"

1. Wanita ni suka test lelaki dengan ayat-ayat yang lelaki memang tak faham langsung.
2. Wanita ni suka cakap lain, tapi sebenarnya nak sampaikan benda lain.
3. Wanita suka buat ayat kiasan. Tapi lelaki lebih suka ayat yang senang nak faham. Itu sebab, kalau minta suruh hantar balik kampung, dia akan terus hantar balik kampung =D..(Lebih baik jangan mintak)
4. Wanita ni sangat sentimental dan emosi. Benda kecik-kecik pun boleh jadi sangat bermakna pada dia. Contoh: Kertas pembalut hadiah bufday suami tahun lepas pun dia simpan buat frame balik.. 
5. Bila wanita marah dan nangis-nangis tue tandanya dia sangat perlukan lelaki tersebut. Cakap aje benci, tapi itu sebenarnya ayat berlawanan (ayat waktu tengah marah memanglah macam tue)..=D.
6. Wanita kalau nak sesuatu, dia akan guna ayat yang pelik-pelik. Contohnya: Abang nie hensome lah hari nie..hehe (Ada maksud tau, bukan ayat-ayat biasa aje)


Nota: Penulisan ini adalah hasil rekaan saya sendiri tau, saja suka-suka =) dan tiada kena mengena dengan sesiapa ye, kawan-kawan =)..tapi, kalau ianya kena dengan anda, maka terer lah saya reka kan..hehe..Kalau nak tahu kesahihannya, silalah check sendiri dengan pasangan anda atau buku-buku yang berkaitan ye. Terima kasih atas kesudian membaca..=D..



* KAWAN-KAWAN BOLEH SHARE AYAT-AYAT LAIN DI RUANGAN KOMEN YE..=D..hehe..
(Boleh kongsi-kongsi ayat, nak tahu jugak ayat u all)


SEGALA YANG BAIK ITU DATANG DARI ALLAH S.W.T
('_')


~WASSALAM~


*Video Ni Ada Kaitan Dengan Tajuk Ni Ye..=D
















Wednesday 20 April 2011

~Mulut, Gigi & Lidah~

Hye Kawan-Kawan! =)

Maaf ye, andaikata nak bertanya boleh ke?
 (isu yang mungkin sensitif)
('_*)


Sejauh manakah penjagaan MULUT, GIGI & LIDAH anda? =D
Ermm.. bukan ape, rutin kita ni kan selalu bercakap...Kalau isteri, cakap dengan suami, kalau kat tempat kerja, ckp dengan kawan sekerja, tak pun, kalau adik, cakap dengan kakak..Kadang2 kita tak sedar yang diorang2 ni sebenarnya x selesa dengan tahap penjagaan MULUT, GIGI & LIDAH kita =D..Dan Of Coz lah diorang tak akan tegur kan! =)..So, apakah penyelesaiannya?..Ermm..Mari kita tengok sama2.. U all ada tak benda2 ni (Sumber rujukan daripada saya terhadap diri saya =D, kalau nak lebih tepat, sila tanya doktor gigi anda atau baca buku ye) :

Thank You 

"DALAM BILIK AIR"

Berus Gigi ada tak lagi?..Kalau rosak, kena beli baru..

Ubat Gigi ada tak?...
Guna sampai habis betul2 ye, jangan membazir..=)


Pencuci Lidah ada tak? 
Boleh beli di Guardian @ Watson @ yang berkaitan..

Dental Floss ada tak?..Penting tau, dan kena ada! =)

Listerin ada tak?..(Saya Suka Oren punya versi) =)

:

:

:

"AKSESORI TAMBAHAN"

Spray Mulut.. =D..Kalau tak sempat gosok gigi, boleh guna yang ini..

"Gula-gula" boleh spare dalam handbag/Push bag/Sling Bag Dll...

('_*)

Bila dah ada benda2 ni baru boleh senyum mcm ni..=D
Orang sekeliling pun lebih Aman & Sentosa..=)


~Selamat Beramal~




Wednesday 13 April 2011

* Me & Modelling * =)

"Nobody Knows That..."

"Im also a MODEL"
('_')

A Few Years Ago hehehe...

:
:

~ Mass Mohamad (Model Majalah) & Me =D ~

~ Abang Razin (Kumpulan Mestica) @ the middle ~

:
:

"But now.."

"Im a 'Project Coordinator of Event' =D"


..ThE eND ..

Monday 11 April 2011

"Adakah anda pernah terfikir, " Adakah agama (islam) kita ini benar?"..Berbanding Kristian, Hindu, Buddha dll?....Buktikan jawapan anda.."


Assalamualaikum & salam sejahtera,

Hari ni saya nak singkap balik tajuk post saya suatu ketika dahulu di facebook (6 Dis 2010: Boleh cari): 

"Adakah anda pernah terfikir, " Adakah agama (islam) kita ini benar?"..Berbanding Kristian, Hindu, Buddha dll?....Buktikan jawapan anda.."

Kalau nak tahu ape yang dibincangkan dalam komen, boleh ke Facebook saya kejora mustika.
('_*)

:

Singkapan daripada Facebook saya:

Saya suka untuk menimbulkan persoalan seperti ini adalah kerana atas sebab2 yang tertentu iaitu ingin melihat pandangan serta jawapan rakan2 sekalian sebagai perkongsian...saya menerima segala jawapan, kerana masing2 mempunyai kefahaman masing2. Tetapi, mesej sebenar yang ingin saya sampaikan disini adalah..Mungkin bagi sesetengah saudara kita tidak pernah langsung terfikir tentang kebenaran dalam agama islam. Tetapi, lain pula bagi mereka2 yang ingin mencari Allah S.W.T, saya percaya, mereka pernah terfikir. Ianya bukan bermaksud was-was pd agama, tetapi lebih kepada ingin mencari agama itu sendiri iaitu mencari Allah S.W.T., itu tidak salah. Kerana rasa ingin menjadi yang terbaik disisi Allah Sekiranya kita nak pada Allah, mustahil Allah akan sesatkan kita. Lumrah setiap manusia adalah rasa ingin bertuhan, buktinya, lihatlah bangsa2 lain yang juga ada tuhan masing2. Saya tidak pertikaikan tentang agama islam kerana Islam itu adalah agama yang benar. Persoalan saya timbul disini adalah kerana terlalu sedih dengan umat kita hari ini yang langsung tidak menghiraukan tentang agama. Adakah untuk mendapat tempat di syurga hanya dengan berasa selesa dengan amalan2 yang telah kita laksanakan?. Allah itu maha Adil...termasuklah adil pada semua manusia, bukan hanya pada umat islam sahaja. Sebagai contoh, alhamdulillah kita dilahirkan sebagai islam, kita tidak meminta tp Allah yang tentukan. begitu juga bangsa lain, yang tidak meminta, tetapi dilahirkan atas bangsa mereka. Itu bukan salah mereka, mereka juga ingin menjadi yang terbaik pada agama mereka. Allah itu maha Adil. Contoh lain, anak orang islam dan bukan orang islam sebelum baligh, apabila meninggal dunia, mereka juga akan masuk syurga, Allah Maha Adil. Cuba bayangkan, sekiranya kita dilahirkan sebagai penganut agama kristian, buddha atau hindu, pasti kita akan kata agama kita itu benar, salah kah maksud saya?. Allah itu maha adil. Saya sedih apabila ramai bangsa dari agama lain menindas islam sepertimana sekarang. Jika kita lihat, tandas orang islam dengan bukan islam, mana lebih bersih? gereja dibuka 24 jam, masjid pula byk yg ditutup waktu malam, lihat cara pengabdian agama buddha,dan lihat cara agama hindu beramal ketika thaipusam. Sedangkan bangsa kita banyak lalai, tetapi semua ingin ke masuk syurga. Kini, sikap kita untuk beragama sangat menyedihkan. Syurga itu hanya untuk kekasih Allah, jika kita hanya seperti biasa, pengamalan juga seperti biasa, bagaimana untuk dipilih sebagai kekasih Allah?. Jadi, jangan merasa selesa dengan amalan serta perbuatan kita, sedangkan kita tdk tahu dimanakah kita disisi Allah. Marilah kita sama2 mencari apa yang terbaik untuk mendapat tempat disisi Allah. Kerana, ramai apabila ditanya, ramai yang menjawab, sy beramal seperti biasa aje sudah, xnak lebih2, ape orang buat ikut aje, tanpa langsung tdk mencari Allah. Lupa bahawa Allah itu Maha Pengampun, Pemurah, Maha Esa. Kasimpulannya: Walau apa pun agama kita, jadilah yang terbaik, pasti diakhirnya kita akan tahu, mana yang benar, dan mana yang salah. Itu sebab ramai penganut agama lain cth buddha, kristian, hindu, apabila telah mencapai tahap yang tertinggi akhirnya memilih islam sebagai agama yang benar. Jangan sempitkan pemikiran kita tentang islam hingga menampakkan islam ini susah dianuti serta bukan yang terbaik. Renung2 kanlah maksud saya..Wallahu' alam

Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Hujurat: 13)...

Sekian

~Wassalam~

Friday 8 April 2011

" Gurindam Jiwa "


~GURINDAM JIWA~

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati

Batang selasih permainan budak
Daun selasih dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tiada
Seribu tahun kembali juga

Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman

Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan

Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga

:
:

Nak tahu tak?

'Gurindam Jiwa' ni sebenarnya ada maksudnya yang tersendiri tau =). Bukan just lagu biasa2 aje. Siapa tahu maksud lagu ni? (boleh post dekat komen saya)..InsyaAllah, andai ada waktu terluang atau masa yang mengizinkan, saya akan kongsikan =)..

Note: Saya memang suka lagu-lagu klasik macam ni, sebab dari sudut 'bahasanya' yang susah. Ringkasnya, saya amat suka bahasa melayu lama =D


('_*)

~Sekian~