Monday 11 April 2011

"Adakah anda pernah terfikir, " Adakah agama (islam) kita ini benar?"..Berbanding Kristian, Hindu, Buddha dll?....Buktikan jawapan anda.."


Assalamualaikum & salam sejahtera,

Hari ni saya nak singkap balik tajuk post saya suatu ketika dahulu di facebook (6 Dis 2010: Boleh cari): 

"Adakah anda pernah terfikir, " Adakah agama (islam) kita ini benar?"..Berbanding Kristian, Hindu, Buddha dll?....Buktikan jawapan anda.."

Kalau nak tahu ape yang dibincangkan dalam komen, boleh ke Facebook saya kejora mustika.
('_*)

:

Singkapan daripada Facebook saya:

Saya suka untuk menimbulkan persoalan seperti ini adalah kerana atas sebab2 yang tertentu iaitu ingin melihat pandangan serta jawapan rakan2 sekalian sebagai perkongsian...saya menerima segala jawapan, kerana masing2 mempunyai kefahaman masing2. Tetapi, mesej sebenar yang ingin saya sampaikan disini adalah..Mungkin bagi sesetengah saudara kita tidak pernah langsung terfikir tentang kebenaran dalam agama islam. Tetapi, lain pula bagi mereka2 yang ingin mencari Allah S.W.T, saya percaya, mereka pernah terfikir. Ianya bukan bermaksud was-was pd agama, tetapi lebih kepada ingin mencari agama itu sendiri iaitu mencari Allah S.W.T., itu tidak salah. Kerana rasa ingin menjadi yang terbaik disisi Allah Sekiranya kita nak pada Allah, mustahil Allah akan sesatkan kita. Lumrah setiap manusia adalah rasa ingin bertuhan, buktinya, lihatlah bangsa2 lain yang juga ada tuhan masing2. Saya tidak pertikaikan tentang agama islam kerana Islam itu adalah agama yang benar. Persoalan saya timbul disini adalah kerana terlalu sedih dengan umat kita hari ini yang langsung tidak menghiraukan tentang agama. Adakah untuk mendapat tempat di syurga hanya dengan berasa selesa dengan amalan2 yang telah kita laksanakan?. Allah itu maha Adil...termasuklah adil pada semua manusia, bukan hanya pada umat islam sahaja. Sebagai contoh, alhamdulillah kita dilahirkan sebagai islam, kita tidak meminta tp Allah yang tentukan. begitu juga bangsa lain, yang tidak meminta, tetapi dilahirkan atas bangsa mereka. Itu bukan salah mereka, mereka juga ingin menjadi yang terbaik pada agama mereka. Allah itu maha Adil. Contoh lain, anak orang islam dan bukan orang islam sebelum baligh, apabila meninggal dunia, mereka juga akan masuk syurga, Allah Maha Adil. Cuba bayangkan, sekiranya kita dilahirkan sebagai penganut agama kristian, buddha atau hindu, pasti kita akan kata agama kita itu benar, salah kah maksud saya?. Allah itu maha adil. Saya sedih apabila ramai bangsa dari agama lain menindas islam sepertimana sekarang. Jika kita lihat, tandas orang islam dengan bukan islam, mana lebih bersih? gereja dibuka 24 jam, masjid pula byk yg ditutup waktu malam, lihat cara pengabdian agama buddha,dan lihat cara agama hindu beramal ketika thaipusam. Sedangkan bangsa kita banyak lalai, tetapi semua ingin ke masuk syurga. Kini, sikap kita untuk beragama sangat menyedihkan. Syurga itu hanya untuk kekasih Allah, jika kita hanya seperti biasa, pengamalan juga seperti biasa, bagaimana untuk dipilih sebagai kekasih Allah?. Jadi, jangan merasa selesa dengan amalan serta perbuatan kita, sedangkan kita tdk tahu dimanakah kita disisi Allah. Marilah kita sama2 mencari apa yang terbaik untuk mendapat tempat disisi Allah. Kerana, ramai apabila ditanya, ramai yang menjawab, sy beramal seperti biasa aje sudah, xnak lebih2, ape orang buat ikut aje, tanpa langsung tdk mencari Allah. Lupa bahawa Allah itu Maha Pengampun, Pemurah, Maha Esa. Kasimpulannya: Walau apa pun agama kita, jadilah yang terbaik, pasti diakhirnya kita akan tahu, mana yang benar, dan mana yang salah. Itu sebab ramai penganut agama lain cth buddha, kristian, hindu, apabila telah mencapai tahap yang tertinggi akhirnya memilih islam sebagai agama yang benar. Jangan sempitkan pemikiran kita tentang islam hingga menampakkan islam ini susah dianuti serta bukan yang terbaik. Renung2 kanlah maksud saya..Wallahu' alam

Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Hujurat: 13)...

Sekian

~Wassalam~

2 comments:

  1. Serangan sekularism yg hebat pada akhir zaman menyebabkan ramai yang membuat acuh tak acuh terhadap agama. Baik Islam mahupun bukan Islam, ramai yang dah beranggapan bahawa agama itu yang sepatutnya menjadi panduan untuk setiap aspek kehidupan, dijadikan hanya sebagai aktiviti ritual semata-mata. Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  2. Begitulah keadaan Umat diakhir Zaman...

    ReplyDelete