Thursday 12 May 2011

"Siapa Umat Akhir Zaman?"...

CUBA KALIAN..

LIHAT! RENUNG! DAN FIKIR!

VIDEO (1)

VIDEO (2)

:

:

:

DAH...
LIHAT! RENUNG! DAN FIKIR?

MAKA..
FIKIRLAH LAGI DAN LAGI DAN LAGI.......


"ANDAI  KITA NAK PADA ALLAH, MUSTAHIL ALLAH AKAN SESATKAN"



WALLAHU'ALAM





Wednesday 4 May 2011

"Maksud Wanita & Lelaki Tak Faham =D"

" Maksud Wanita & Lelaki Tak Faham "



"Lelaki selalu tak faham pada wanita...Nak tau ape? Ok...
"Meh saya citer"
('_*)

:

:


:

PERTAMA:

"ABANG, HARI NI AYANG NAK KELUAR PERGI BELI BARANG BOLEH TAK SAYANG? ADA BARANG YANG NAK DIBELI LAH" =( ... (Buat muka manje)

Maksudnya: Nak ajak si suami gi shopping. Sekurang-kurangnya, kalau si suami jawab "OK"(Jawapan kalau si suami suruh si isteri pergi beli sendiri), tak adelah terasa hati sangat kan. Ini hanya sekadar soalan testing wanita. Tapi, lelaki selalu tak faham =(.


KEDUA:

"DAH LEWATLAH BANG, KESIAN KAT ABANG, TAK PE, NANTI AYANG BALIK SENDIRI NAIK TEKSI K" =)..(Nada gembira)

Maksudnya: Nak suruh datang ambik. Ayat tak nak nampak macam menyusahkan =D.


KETIGA:

"ABANG, ABANG HANTAR AYANG DEKAT PONDOK PAK GUARD AJE LAH YE"..=)..(Sambil senyum)

Maksudnya: Tolonglah hantar saya dekat depan pintu rumah. Kalau boleh, nak suruh tolong iring sekali sampai kat depan pintu rumah...=(


KEEMPAT:

"AWAK, AWAK TAHU TAK YANG SAYA NI TENGAH MARAH DEKAT AWAK SANGAT-SANGAT".."BOLEH TAK JANGAN CALL ATAU SMS SAYA LAGI"...='( ...(Nada marah, sambil nangis2)

Maksudnya: Tolonglah pujuk, padahal waktu ni, si isteri selalu aje check phone. Confirm!..


KELIMA:

"SAYA BENCI DEKAT AWAK".... "AWAKLAH ORANG YANG PALING SAYA BENCI SEKALI, DAN SAYA TAK PERNAH BENCI DEKAT ORANG, MACAMANA SAYA BENCI DEKAT AWAK SEKARANG NI"..='(..(Nada marah yang teramat, sambil baling2 bantal kat dinding)

Maksudnya: Sayang sangat-sangat-sangat +++. Sebab, kalau hati kita ni dah dekat orang tue aje, mestilah marah teruk2 pun dekat orang tue aje kan, emosi pun mestilah kat orang tue ajelah kan..Betul tak? (Tertakluk pada jawapan sendiri) =D..


KEENAM:

Situasi : Si Isteri diam tak tanya khabar, tak sms atau tak call si suami.

Maksudnya: Nak test aje tue. Kalau si suami sms atau call, bermaksud 'Dia sayang' kat kita =D. Tapi kalau tak  sms atau call, bermaksud, dalam sehari tue, dia tak ingat dekat kita lah kot kan =(...Mungkin juga dia BZ kot..(Kena sangka baik ye)..


KETUJUH:


"SUSAH-SUSAH SANGAT, HANTAR AJE SAYA BALIK KAMPUNG" =(.."SAYA NAK BALIK KAMPUNG JUGAK-JUGAK HARI NI"...(Nada nangis-nangis sambil packing baju masuk dalam beg)


Maksudnya: Nak suruh pujuk. Bawak gi keluar makan ke, offer beli perabut baru ke, atau lain-lain yang berkaitan dengan beli barang baru. =D..Confirm!


KELAPAN:


Situasi : Si isteri call dan sms setiap 2 saat dalam sehari.

Maksudnya: Tanda-tanda, dia rindu..Risau suaminya ke SPA..hehe =D..


KESEMBILAN:


"ABANG SAYANG AYANG TAK"..=D..
(Sambil senyum-senyum malu, sambil pintal-pintal rambut)


Maksud: Nak suruh puji =D...Nak test, ada orang lain tak yang boleh lawan kecantikan kita..hehe


KESEPULUH:


Situasi: Bila kena marah, dia diam. 24 jam dalam sehari tue, asyik senyum aje. Dah tak selalu main hati dah, kalau ada pun, simpan aje kat dalam almari. Tak kisah langsung suami sibuk buat kerja, tapi risau sangat kalau suami tak terurus (Contoh: tak jaga makan, tak tidur, tak gosok gigi).

Maksudnya: Si isteri dah redha dengan si suami...=D



"RINGKASAN"

1. Wanita ni suka test lelaki dengan ayat-ayat yang lelaki memang tak faham langsung.
2. Wanita ni suka cakap lain, tapi sebenarnya nak sampaikan benda lain.
3. Wanita suka buat ayat kiasan. Tapi lelaki lebih suka ayat yang senang nak faham. Itu sebab, kalau minta suruh hantar balik kampung, dia akan terus hantar balik kampung =D..(Lebih baik jangan mintak)
4. Wanita ni sangat sentimental dan emosi. Benda kecik-kecik pun boleh jadi sangat bermakna pada dia. Contoh: Kertas pembalut hadiah bufday suami tahun lepas pun dia simpan buat frame balik.. 
5. Bila wanita marah dan nangis-nangis tue tandanya dia sangat perlukan lelaki tersebut. Cakap aje benci, tapi itu sebenarnya ayat berlawanan (ayat waktu tengah marah memanglah macam tue)..=D.
6. Wanita kalau nak sesuatu, dia akan guna ayat yang pelik-pelik. Contohnya: Abang nie hensome lah hari nie..hehe (Ada maksud tau, bukan ayat-ayat biasa aje)


Nota: Penulisan ini adalah hasil rekaan saya sendiri tau, saja suka-suka =) dan tiada kena mengena dengan sesiapa ye, kawan-kawan =)..tapi, kalau ianya kena dengan anda, maka terer lah saya reka kan..hehe..Kalau nak tahu kesahihannya, silalah check sendiri dengan pasangan anda atau buku-buku yang berkaitan ye. Terima kasih atas kesudian membaca..=D..



* KAWAN-KAWAN BOLEH SHARE AYAT-AYAT LAIN DI RUANGAN KOMEN YE..=D..hehe..
(Boleh kongsi-kongsi ayat, nak tahu jugak ayat u all)


SEGALA YANG BAIK ITU DATANG DARI ALLAH S.W.T
('_')


~WASSALAM~


*Video Ni Ada Kaitan Dengan Tajuk Ni Ye..=D
















Wednesday 20 April 2011

~Mulut, Gigi & Lidah~

Hye Kawan-Kawan! =)

Maaf ye, andaikata nak bertanya boleh ke?
 (isu yang mungkin sensitif)
('_*)


Sejauh manakah penjagaan MULUT, GIGI & LIDAH anda? =D
Ermm.. bukan ape, rutin kita ni kan selalu bercakap...Kalau isteri, cakap dengan suami, kalau kat tempat kerja, ckp dengan kawan sekerja, tak pun, kalau adik, cakap dengan kakak..Kadang2 kita tak sedar yang diorang2 ni sebenarnya x selesa dengan tahap penjagaan MULUT, GIGI & LIDAH kita =D..Dan Of Coz lah diorang tak akan tegur kan! =)..So, apakah penyelesaiannya?..Ermm..Mari kita tengok sama2.. U all ada tak benda2 ni (Sumber rujukan daripada saya terhadap diri saya =D, kalau nak lebih tepat, sila tanya doktor gigi anda atau baca buku ye) :

Thank You 

"DALAM BILIK AIR"

Berus Gigi ada tak lagi?..Kalau rosak, kena beli baru..

Ubat Gigi ada tak?...
Guna sampai habis betul2 ye, jangan membazir..=)


Pencuci Lidah ada tak? 
Boleh beli di Guardian @ Watson @ yang berkaitan..

Dental Floss ada tak?..Penting tau, dan kena ada! =)

Listerin ada tak?..(Saya Suka Oren punya versi) =)

:

:

:

"AKSESORI TAMBAHAN"

Spray Mulut.. =D..Kalau tak sempat gosok gigi, boleh guna yang ini..

"Gula-gula" boleh spare dalam handbag/Push bag/Sling Bag Dll...

('_*)

Bila dah ada benda2 ni baru boleh senyum mcm ni..=D
Orang sekeliling pun lebih Aman & Sentosa..=)


~Selamat Beramal~




Wednesday 13 April 2011

* Me & Modelling * =)

"Nobody Knows That..."

"Im also a MODEL"
('_')

A Few Years Ago hehehe...

:
:

~ Mass Mohamad (Model Majalah) & Me =D ~

~ Abang Razin (Kumpulan Mestica) @ the middle ~

:
:

"But now.."

"Im a 'Project Coordinator of Event' =D"


..ThE eND ..

Monday 11 April 2011

"Adakah anda pernah terfikir, " Adakah agama (islam) kita ini benar?"..Berbanding Kristian, Hindu, Buddha dll?....Buktikan jawapan anda.."


Assalamualaikum & salam sejahtera,

Hari ni saya nak singkap balik tajuk post saya suatu ketika dahulu di facebook (6 Dis 2010: Boleh cari): 

"Adakah anda pernah terfikir, " Adakah agama (islam) kita ini benar?"..Berbanding Kristian, Hindu, Buddha dll?....Buktikan jawapan anda.."

Kalau nak tahu ape yang dibincangkan dalam komen, boleh ke Facebook saya kejora mustika.
('_*)

:

Singkapan daripada Facebook saya:

Saya suka untuk menimbulkan persoalan seperti ini adalah kerana atas sebab2 yang tertentu iaitu ingin melihat pandangan serta jawapan rakan2 sekalian sebagai perkongsian...saya menerima segala jawapan, kerana masing2 mempunyai kefahaman masing2. Tetapi, mesej sebenar yang ingin saya sampaikan disini adalah..Mungkin bagi sesetengah saudara kita tidak pernah langsung terfikir tentang kebenaran dalam agama islam. Tetapi, lain pula bagi mereka2 yang ingin mencari Allah S.W.T, saya percaya, mereka pernah terfikir. Ianya bukan bermaksud was-was pd agama, tetapi lebih kepada ingin mencari agama itu sendiri iaitu mencari Allah S.W.T., itu tidak salah. Kerana rasa ingin menjadi yang terbaik disisi Allah Sekiranya kita nak pada Allah, mustahil Allah akan sesatkan kita. Lumrah setiap manusia adalah rasa ingin bertuhan, buktinya, lihatlah bangsa2 lain yang juga ada tuhan masing2. Saya tidak pertikaikan tentang agama islam kerana Islam itu adalah agama yang benar. Persoalan saya timbul disini adalah kerana terlalu sedih dengan umat kita hari ini yang langsung tidak menghiraukan tentang agama. Adakah untuk mendapat tempat di syurga hanya dengan berasa selesa dengan amalan2 yang telah kita laksanakan?. Allah itu maha Adil...termasuklah adil pada semua manusia, bukan hanya pada umat islam sahaja. Sebagai contoh, alhamdulillah kita dilahirkan sebagai islam, kita tidak meminta tp Allah yang tentukan. begitu juga bangsa lain, yang tidak meminta, tetapi dilahirkan atas bangsa mereka. Itu bukan salah mereka, mereka juga ingin menjadi yang terbaik pada agama mereka. Allah itu maha Adil. Contoh lain, anak orang islam dan bukan orang islam sebelum baligh, apabila meninggal dunia, mereka juga akan masuk syurga, Allah Maha Adil. Cuba bayangkan, sekiranya kita dilahirkan sebagai penganut agama kristian, buddha atau hindu, pasti kita akan kata agama kita itu benar, salah kah maksud saya?. Allah itu maha adil. Saya sedih apabila ramai bangsa dari agama lain menindas islam sepertimana sekarang. Jika kita lihat, tandas orang islam dengan bukan islam, mana lebih bersih? gereja dibuka 24 jam, masjid pula byk yg ditutup waktu malam, lihat cara pengabdian agama buddha,dan lihat cara agama hindu beramal ketika thaipusam. Sedangkan bangsa kita banyak lalai, tetapi semua ingin ke masuk syurga. Kini, sikap kita untuk beragama sangat menyedihkan. Syurga itu hanya untuk kekasih Allah, jika kita hanya seperti biasa, pengamalan juga seperti biasa, bagaimana untuk dipilih sebagai kekasih Allah?. Jadi, jangan merasa selesa dengan amalan serta perbuatan kita, sedangkan kita tdk tahu dimanakah kita disisi Allah. Marilah kita sama2 mencari apa yang terbaik untuk mendapat tempat disisi Allah. Kerana, ramai apabila ditanya, ramai yang menjawab, sy beramal seperti biasa aje sudah, xnak lebih2, ape orang buat ikut aje, tanpa langsung tdk mencari Allah. Lupa bahawa Allah itu Maha Pengampun, Pemurah, Maha Esa. Kasimpulannya: Walau apa pun agama kita, jadilah yang terbaik, pasti diakhirnya kita akan tahu, mana yang benar, dan mana yang salah. Itu sebab ramai penganut agama lain cth buddha, kristian, hindu, apabila telah mencapai tahap yang tertinggi akhirnya memilih islam sebagai agama yang benar. Jangan sempitkan pemikiran kita tentang islam hingga menampakkan islam ini susah dianuti serta bukan yang terbaik. Renung2 kanlah maksud saya..Wallahu' alam

Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Hujurat: 13)...

Sekian

~Wassalam~

Friday 8 April 2011

" Gurindam Jiwa "


~GURINDAM JIWA~

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati

Batang selasih permainan budak
Daun selasih dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tiada
Seribu tahun kembali juga

Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman

Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan

Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga

:
:

Nak tahu tak?

'Gurindam Jiwa' ni sebenarnya ada maksudnya yang tersendiri tau =). Bukan just lagu biasa2 aje. Siapa tahu maksud lagu ni? (boleh post dekat komen saya)..InsyaAllah, andai ada waktu terluang atau masa yang mengizinkan, saya akan kongsikan =)..

Note: Saya memang suka lagu-lagu klasik macam ni, sebab dari sudut 'bahasanya' yang susah. Ringkasnya, saya amat suka bahasa melayu lama =D


('_*)

~Sekian~

Wednesday 6 April 2011

~ Cara-cara Ubati Hati Yang Terluka (Clash) bagi wanita ~ ('_*)



Hal berkaitan dengan masalah HATI...Perasaan suka, sayang, kasih, cinta itu adalah lumrah bagi setiap makhluk yang dinamakan manusia. 


Nasihat saya yang pertama, sekiranya saudari2 mempunyai masalah ingin melupakan lelaki yang pernah suatu ketika dahulu bertahta di hati, antara yang saya dapat nasihatkan secara ringkas disini adalah dengan cuba mencari akan kelemahan lelaki tersebut yang mana lama kelamaan, kita tidak akan lagi menginginkan dia. Fikirlah bahawa, komitment yang kita beri sewaktu sebelum berkahwin adalah tiada guna, kerana ketaatan, jiwa raga, pengabdian adalah hanya kepada suami. Tiada ertinya andai bercinta dengan tiada hubungan tubuh. Itu sebabnya, maksiat sering berlaku bagi mereka yang bercinta sebelum kahwin dan ianya makin berleluasa kini. Maka berkahwinlah. Bagi seorang wanita, untuk mendapat agama, salah satu daripadanya adalah melalui perkahwinan. 


Kedua, jauhilah diri saudari-saudari sekalian daripada handphone, jauhkan dari pandangan kerana dikhuatiri akan menjawab panggilan atau menghantar sms pd si dia. 


Nasihat saya yang Ketiga, rajin-rajinlah menunaikan solat. Jadikanlah Allah s.w.t sebagai tempat untuk kita mengadu dan mohonlah agar dijauhi daripada orang-orang yang jelasnya tidak sesuai untuk kita, dan mohonlah ketemukanlah dengan suami yang soleh agar dapat membimbing kita. Disamping itu, berbanyakkanlah membaca Al-Quran, selepas solat atau setiap kali diri teringat pada si dia...InsyaALLAH...lama kelamaan, hati saudari-saudari sekalian akan berubah malah akan sering merindui ALLAH S.W.T.


Ingatlah bahawa, seorang wanita
solehah, bersamaan dengan 1000 lelaki soleh...Betapa tinggi pandangan ALLAH S.W.T terhadap seorang wanita. Korbankanlah hati kerana ALLAH, bukan kepada seorang lelaki. Dan korbankanlah hati kerana suami untuk kepada Allah. Kerana, redhanya suami terhadap isteri, bermakna, redhalah Allah terhadapnya. Fikirlah maksud kejadian kita, maksud hidup kita. Sekiranya nak kepada Allah S.W.T. mustahil Allah akan sesatkan.


 Sekian, Wallahu' alam 


Dengarkanlah =)


Tuesday 5 April 2011

~Recording @ Studio~

Hai friendz..=)

Video ini adalah bersempena dengan 'Hari Ilmu Peringkat Negeri Selangor' =D (Untuk tujuan promosi bersempena dengan event).

"The Making Of"

~ Video Promosi~

 ~Me & Zana (Practical-Happy orangnye) ~

 ~Yana (Practical-Penulis lirik lagu Hari Ilmu ni) & Me~

 ~Me, Kak Sheera & Zana~

~Me, Yana & Kak Sheera~

Tempat: Recording Studio Nasyeed.Com (NC) & sekitar office

..Sekian..
(*_*)

@}>-Whats My Name?-

('_*)


~ Mustika ~







Sunday 3 April 2011

~' Women & Beauty '~


"Katakanlah kepada wanita yang beriman:

"Hendaklah mereka menahan pandangannya,
dan memelihara kemaluannya, dan janganlah
mereka menampakkan perhiasannya,
kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.
Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung
ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya,
kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka,
atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka,
atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara
laki-laki mereka, atau putera-putera saudara
laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan
mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak
yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki
yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita)
atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.
Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui
perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah
kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman
supaya kamu beruntung".
Surah An.Nuur (31)


Biasa tak dengar tafsiran ayat tersebut?
Saya yakin anda semua biasa kan? sama ada pernah terbaca, baca, dengar atau baru nak dengar...

=)

Jadi, hari ni, kita nak bicara sedikit tentang wanita, pakaian, perhiasan dan seumpama dengannya. Segalanya untuk diri saya sendiri serta berdasarkan pengalaman saya sendiri.

Ermm...pernah tak anda rasa dah berpakaian sopan dan menutup aurat sehabis mungkin, tapi sebenarnya tak? (Itu hanya sopan pada pandangan sendiri)...semakin hari, saya semakin risau kerana daripada berpakaian ini juga boleh dapat dosa walaupun tak buat dosa =(...Bukan ape, banyak mata di luar sana yang menjadi pemerhati. Pada saya, kadang2 saya terlepas pandang juga akan perkara yang berkaitan dengan pakaian sehari-hari ketika ke kerja, di luar rumah, keluar jalan2 atau sebagainya. Namun, Alhamdulillah, saya ada rakan untuk saya bertanya mahupun anak2 saudara saya yang memang suka cakap terus terang kalau pakaian saya tak sesuai langsung atau ada yang tak kena (Walaupun kadang2 kecik hati jugak, tapi xpe, mereka jujur) =)..Bila dah lama2, diri dah jadi risau...Maksudnya, dah sampai ke tahap, lebih suka duduk dalam rumah...Moral of the story, saya kena sentiasa pilih baju yang terbaik seperti jubah ke, baju kurung ke atau mana2 pakaian yang sesuai untuk dipakai hari2....Bukan ape, setiap hari kita akan diuji, semakin hari semakin tinggi tahap ujian. Ujian inilah yang menentukan tahap kita disisi Allah S.W.T. Bukan mudah untuk menjadi ahli syurga. Setiap hari kita berdoa, tak kira di dalam solat, dalam hati ataupun di luar solat. Tapi, andai berdoa, aurat tak jaga, bagaimana? Itulah yang saya risaukan pada diri saya sendiri (untuk saya kongsikan). Saya juga wanita, dan memahami akan wanita. Dan inilah masalah yang dihadapi wanita, banyak nafsu yang nak dipenuhi seperti nak cantik, nak shopping, nak mengumpat, nak lelaki dengar cakap dia saje, nak merajuk dan segala2nya nak..Itulah sebenarnya tipu daya nafsu. Itu sebabnya, wanita solehah itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh. Sebab nak melawan nafsu itu memang susah, itu sebabnya, ganjaran terhadap wanita ni sangat tinggi disisi Allah S.W.T.


Wallahu'alam


~ Sekian ~




:: Antara lagu kesukaan saya ('_*) ::





Friday 1 April 2011

* OPEN HOUSE *

Assalamualaikum & salam sejahtera semue =)..Sihat?

Nak dengar cerita tak?..

Hari ni saya ada selongkar gambar2. Selongkar punya selongkar, dah terjumpe balik gambar kenangan open house office NC 2010 (stand for Nasyeed Edutainment Sdn Bhd or Nasyeed.Com) - NC adalah tempat yang saya bekerja sekarang ye =). Ni last year punya story =). Bersempena dengan open house kami ni, ada launching album Aishah "Anak" jugak (dah keluar tau, boleh dapat di pasaran). Tahniah diucapkan! . Ramai yang datang waktu majlis ni. Ada artis, ada wartawan, client, rakan taulan, sedara mara, jiran dan ramai lagi. So, moral of the story, saya biarkan gambar2 ni saje yang cerita ye =D ..

~Kad Jemputan =) ~

~ Album "Anak" ~

~ Bos, Dakmie Barongan (penyanyi lagu Adamaya), Kak Aishah & family, Kak Mass, Abang Razin, Kak Sheera & Me ~
('_*) 

~ Me, Kak Aishah & Kak Sheera (Graphic Designer NC) ~

~ Kak Sheera, Shufi (My sister), Kak Mass & Me ~

~ Me & Lidya ~

~ Kak Syura (tudung coklat) - Isteri Abang Rahman (bos HR) ~

~ Me & Ma ~

~ K'On, Dakmie Barongan, Bos, Omar, Me & Family Kakak Saya =) ~

Ok guyz!

...Thats All for today...
=)


~ Maharaja Lawak - Kumpulan R2 ~



@>; Celak Mata ~


Diriwayatkan oleh Abu Daud dalam Sunan-nya , bahwa Rasulullah صلى الله عليه وسلم memerintahkan celak itsmad yang dibubuhi minyak wangi saat menjelang tidur. Namun beliau menambahkan, “Orang yang berpuasa henddaknya menjauhinya” Abu Ubaid meriwayatkan bahwa arti dibubuhi minyak wangi, yakni dibubuhi minyak kesturi.


Sementara dalam sunan ibnu majah dan yang lainnya disebutkan dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم memiliki tempat celak yang beliau gunakan tiga kali di bagian mata. Sementara dalam riwayat At-Tirmidzi dari Ibnu Abbas رضي الله عنه bahwa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bila bercelak, menorehkan celaknya tiga kali di bagian kanan matanya. Dimulai dari kanan dan di akhiri di bagian kanan, sementara di bagian kiri hanya dua kali.

ITSMID adalah sejenis batu hitam bahan dasar celak didatangkan dari Ashfahan (Persia), yakni jenis celak terbaik, didatangkan dair belahan barat, yang terbaik dari jenis celak ini adalah yang paling mudah melekat namun bagian dalamnya halus, tidak mengandung kotoran. 

Maklumat selanjutnya, sila layari blog ini :


Saya percaya, ramai anak gadis sukakannya =) sebab ianya cantik, betul tak? (.. Tak ada gunanya juga andai diguna tetapi tidak diketahui akan maksud penggunaannya kan, lebih2 lagi ianya ada kaitan dengan Sunnah. =) Apa yang penting? kena "jaga niat" (Nasihat untuk diri sendiri, sebab takut lari daripada niat). 

Kalau kalian semua nak tahu, saya start pakai celak ni waktu umur 16 tahun (Tingkatan 4). Ke sekolah pun pakai jugak, walaupun pengawas tak kasi pakai, saya still pakai jugak (Degil). Yang penting, cikgu dan pengetua tak marah =D...Sebab saya sangat sukakannya. Dulu saya pakai sebab saya suka, suka benda yang boleh nampak cantik (Itu yang takut tue, takut lari niat). Sampailah ke umur saya yang sekarang ni pun, saya masih pakai lagi =). 

Wallahu'alam.



~Wassalam~



Me also confuse =)..



  





Thursday 31 March 2011

" Hijab VS Online "

'WELCOME'


Anda mempunyai masalah penampilan?
Diri tidak terurus?

Mungkin ini dapat membantu anda....
('_*)

(Sila scroll di bawah)

:

:

:

:

:

:

:

:

Berikut adalah antara blog2 jualan online dan website yang selalu saya "stalking" =). Suka cuci-cuci mata sahaja ye kawan2, belum pernah lagi join beli online, doa2 kanlah ye =D. Saya tersangatlah yakin bahawa anda semua lebih tahu tentang online shopping ni =). But xpe, just nak kongsi hobi saya di waktu lapang ni dengan kalian semue =). Actually banyak lagi, tapi, inilah yang sempat saya kongsikan. Dan if ada website atau blog baru yang boleh dikongsikan bersama, why not?..just leave their URL di ruang komen..Thanks guyz!..=)


http://www.radiusite.com/


http://www.alhumairacontemporary.com/


http://www.najjah.com/shop/


http://maladycouture.blogspot.com/


http://zuramutiaracollection.blogspot.com/


http://www.atikaexclusive.com/

Enjoy tak?..=)..Maaf, mungkin kaum Hawa sahaja yang enjoy, tidak kepada kaum Adam =D...Ape2 pun, terima kasih ye kerana sudi luangkan masa dengan blog saya ni. Andai ada idea atau komen, bolehlah kita kongsi bersama..
~Wassalam~
('_*)

Pesanan untuk diri sendiri : Bergaya bergaya jugak, tp jangan lupa jaga niat ye (menutup aurat) =)...(Susah sebenarnye saya nak jaga niat ni, dia kene pasang awal2, sebab nafsu perempuan ni tinggi sikit)

@>',--.'---- (Flower)


Post : Prank? Funny? Or what?  Juz wanna share...=)





Monday 28 March 2011

@>'My Dream Wedding Day--



Konsep : Kesultanan Melayu
=)


Note :
Agak2, u all nak datang tak?
Gerenti pakai tak baju tema tue? 
hehe..=)





Enjoyz!!! I Love this wedding video too ('_*)

Sunday 27 March 2011

Cycling @ home

Story ni about last Sunday (27 Mac 2011). Bukan ape, dah bertahun-tahun lamenya tak berbasikal, semalam mereka ajak sangat2 untuk join berbasikal (Anak2 kakak). Gerun jugak bila mula2 nak riding, takut jatuh dan tercedera lah katakan =D. Dah beribu kali dah mereka ajak untuk join joging dengan basikal ni, but selalunya di "refuse" oleh saya, antara alasan terbaik adalah, nak uruskan "hal rumahtangga" (Cth: Basuh baju, kemas rumah, main i-pad, tengok TV, masak, tidur). Ajak punya ajak (Anak2 kakak)..............Dan akhirnya....

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:



=D berjaya jugak saya selesaikan joging berbasikal dengan diorang tanpa jatuh =) (Alhamdulillah..)...Rupa2nya, joging dengan basikal ni seronok, sebab (pandangan diri sendiri) :

1. Dapat sedut udara nyaman (udara sejuk).
2. Pemandangan cantik di waktu pagi (sebab ada kabus macam dekat oversea) .
3. Mendidik u all bangun awal dan x tidur lepas solat subuh.
4. Rasa sihat macam setahun lamanya.
5. Boleh singgah breakfast dekat "Qawwam" (nama kedai roti canai milik Abang Ipar).
6. Jantung rasa macam aktif sikit (10 kali ganda dari hari2 biasa).
7. Boleh release tension (tension bila boring x ada kerje nak buat).
8. Lebih cepat daripada joging dengan kaki (turun bukit dah x payah kayuh lagi dah).
9. Otot akan rasa lebih kuat (Walaupun kaki anda akan rasa sakit sikit waktu tue, jangan risau sebab lepas tue dia akan ok balik).


So, marilah kita sama2 amalkan joging dengan basikal di waktu pagi (petang pun boleh, tapi suasana dah lain). Bukan sahaja saya malah anda sendiri akan rasa kebaikan dan kelebihannya bila dah buat nanti. Bagi yang tak ade basikal, joging dengan kaki pun boleh, dan tak semestinya dekat luar rumah, luar depan rumah pun boleh. Kalu susah2 sangat, boleh aje buat kerja rumah dalam rumah aje tapi, lain sikit keadaannya ye..=)..Ok, ini antara sedutan2 aktiviti berbasikal kami..=) :


Me & Aminah (Captured by Sofiya)


=) Me..


Video ni menarik dan kreatif sangat2. Love to share wif u guyz..=)