Wednesday 6 April 2011

~ Cara-cara Ubati Hati Yang Terluka (Clash) bagi wanita ~ ('_*)



Hal berkaitan dengan masalah HATI...Perasaan suka, sayang, kasih, cinta itu adalah lumrah bagi setiap makhluk yang dinamakan manusia. 


Nasihat saya yang pertama, sekiranya saudari2 mempunyai masalah ingin melupakan lelaki yang pernah suatu ketika dahulu bertahta di hati, antara yang saya dapat nasihatkan secara ringkas disini adalah dengan cuba mencari akan kelemahan lelaki tersebut yang mana lama kelamaan, kita tidak akan lagi menginginkan dia. Fikirlah bahawa, komitment yang kita beri sewaktu sebelum berkahwin adalah tiada guna, kerana ketaatan, jiwa raga, pengabdian adalah hanya kepada suami. Tiada ertinya andai bercinta dengan tiada hubungan tubuh. Itu sebabnya, maksiat sering berlaku bagi mereka yang bercinta sebelum kahwin dan ianya makin berleluasa kini. Maka berkahwinlah. Bagi seorang wanita, untuk mendapat agama, salah satu daripadanya adalah melalui perkahwinan. 


Kedua, jauhilah diri saudari-saudari sekalian daripada handphone, jauhkan dari pandangan kerana dikhuatiri akan menjawab panggilan atau menghantar sms pd si dia. 


Nasihat saya yang Ketiga, rajin-rajinlah menunaikan solat. Jadikanlah Allah s.w.t sebagai tempat untuk kita mengadu dan mohonlah agar dijauhi daripada orang-orang yang jelasnya tidak sesuai untuk kita, dan mohonlah ketemukanlah dengan suami yang soleh agar dapat membimbing kita. Disamping itu, berbanyakkanlah membaca Al-Quran, selepas solat atau setiap kali diri teringat pada si dia...InsyaALLAH...lama kelamaan, hati saudari-saudari sekalian akan berubah malah akan sering merindui ALLAH S.W.T.


Ingatlah bahawa, seorang wanita
solehah, bersamaan dengan 1000 lelaki soleh...Betapa tinggi pandangan ALLAH S.W.T terhadap seorang wanita. Korbankanlah hati kerana ALLAH, bukan kepada seorang lelaki. Dan korbankanlah hati kerana suami untuk kepada Allah. Kerana, redhanya suami terhadap isteri, bermakna, redhalah Allah terhadapnya. Fikirlah maksud kejadian kita, maksud hidup kita. Sekiranya nak kepada Allah S.W.T. mustahil Allah akan sesatkan.


 Sekian, Wallahu' alam 


Dengarkanlah =)


2 comments:

  1. satu lagi cara.. yg keempatnya adalah mengelak dari mendengar lagu-lagu cinta lara atau lagu-lagu kenangan. selalunya org putus cinta suka sgt dengar lagu kenangan cinta yg mendayu2 gitu.. hehe.. ntah apa2 ntah.. renung-renungkan!

    ReplyDelete
  2. Betul tue..Terima kasih atas perkongsian =)...

    ReplyDelete